Toptube Video Search Engine



Title:🇲🇾 Bola Kampung X (Malay) | Empat Episod Koleksi Kartun Kanak-Kanak
Duration:01:15:20
Viewed:7,095,070
Published:31-05-2018
Source:Youtube

S1E10 | Rembatan Perkasa Helang - Apabila Iwan dan Kumar sampai ke Kampung Raja Helang, Iwan telah belajar pergerakan helang hitam yang berhabitat di situ dengan bantuan seorang pemain sepak takraw. Selepas berlatih kuat selama seminggu, Iwan berjaya mempelajari pergerakkan tu. Iwan menyuntik pergerakkan tu ke dalam teknik bola sepaknya dan mencipta satu pergerakan dan rembatan yang hebat. Pada mulanya, Iwan gagal menyempurnakan teknik tu dalam satu perlawanan tapi selepas dapat sokongan daripada kawan-kawannya, akhirnya Iwan berjaya melaksanakan teknik tu dengan hebat sekali. S1E11 | Kekebalan Dinding Terakhir - Szeto berasa kecil hati dan sedih apabila Azizul dan Santokh mengatakannya lemah dan pintu golnya selalu dibolosi pemain lawan. Apabila Szeto berkenalan dengan sekumpulan budak yang bermain bumerang, Szeto mempelajari teknik-teknik main boomerang. Apabila pasukan BKFC berdepan dengan pasukan Lunar FC yang berkebolehan dalam membuat rembatan lengkung, Szeto menggunakan teknik-teknik bermain bumerang tu untuk menyambut semua rembatan lengkung. Pasukan BKFC akhirnya menang selepas Szeto beraksi dengan cemerlang dalam perlawanan tu. S1E12 | Sabotaj - Pasukan Ombak FC akan berdepan dengan pasukan BKFC dalam pusingan kelayakan Liga Juara Remaja yang akan datang. Disebabkan pasukan Ombak FC pernah kalah di tangan pasukan BKFC, mereka meminta bantuan daripada Yusoff, abang saudara kapten pasukan Ombak FC. Yusoff buat apa saja untuk sabotaj semua pemain BKFC sebelum perlawanan diantara pasukan BKFC dengan pasukan Hippy FC tapi akhirnya, Iwan dan kawan-kawannya berjaya mengenepikan kecederaan mereka akibat perbuatan sabotaj Yusoff tu dan menewaskan pasukan Hippy FC. S1E13| Kebenaran - Yusoff kecewa dengan kegagalannya dalam usaha menyebabkan pasukan BKFC kalah. Dia bertekad untuk menebuskan kekecewaan tu dengan menyamar sebagai pemain pasukan Ombak FC bila mereka bertemu dengan pasukan BKFC nanti. Sementara tu, Iwan dan Kumar merantau sekeliling kampung untuk cari bukti siapa yang sabotaj mereka di episod yang lalu. Akhirnya, perbuatan Yusoff terbongkar dan pasukan Ombak FC dihukum kalah dalam perlawanan tu. Pasukan BKFC diistiharkan pemenang dan layak masuk ke pertandingan Liga Juara Remaja yang akan datang tu. --Bola Kampung-- Bola Kampung: The Movie (2013) - Filem CGI pertama Young Jump dalam 3D stereoskopik penuh. Dihasilkan dengan kerjasama Animasia Productions dengan Young Jump yang bertanggungjawab untuk pengeluaran utama, dari pemodelan, rigging kepada komposit akhir. Bola Kampung: The Movie (2013) - Young Jump's first CGI kids feature film in full stereoscopic 3D. Produced in partnership with Animasia Productions with Young Jump being responsible for the main production, from modelling, rigging to final composite. Subscribe to YouTube channel for hundreds of kids' : https://www.youtube.com/channel/UCd9vMMANlz7DggZgvxI3SoQ #BolaKampung #Kidscartoons #kidsstories



SHARE TO YOUR FRIENDS


Download Server 1


DOWNLOAD MP4

Download Server 2


DOWNLOAD MP4

Alternative Download :