Toptube Video Search Engine



Title:[HADIS PALSU] "Ayat-Ayat Syaitan" (Satanic Verses) - "Ayat al-Quran" Yang Diinspirasi Oleh Syaitan!
Duration:12:38
Viewed:2,185
Published:15-04-2024
Source:Youtube

https://darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] - SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM [USUL DIRAYAT HADITH] USUL DIRAYAT KELIMA – Hadith-Hadith Yang Menggugat "Kemutawatiran" al-Quran KETERANGAN - Hadith-Hadith Yang Menggugat Kemutawatiran al-Quran Dan Menampakkan al-Quran Tidak Terpelihara Daripada Tokok Tambah, Pengurangan, Pemesongan Atau Penyusupan Pihak Tertentu Baik Dari Kalangan Jin, Syaitan Atau Manusia Mestilah Ditolak. CONTOH HADITH PALSU - "Hadith "Gharaniq" iaitu Hadith Yang Mendakwa Ayat-Ayat al-Quran Yang Dibisikkan Oleh Syaitan Kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Video Penuh - https://youtu.be/yu0uC3Ajk0s ) Maulana Muhammad Asri Yusoff HADITH PALSU - (Hadith "Gharaniq" Yang Dikatakan Menjadi Sebab Turunnya Ayat 52 Hingga 54, Surah al-Hajj) - Nabi s.a.w. Telah Membaca Di Mekah Surah an-Najm. Apabila Rasulullah s.a.w. Selesai Membaca ...[Ayat al-Quran, Surah an-Najm]...Syaitan Mencampakkan Ke Atas Lidah Rasulullah s.a.w...[Ayat Tambahan Yang Ada Dalam Hadith Gharaniq Ini]...Pada Ketika Itu Berkatalah Orang-Orang Musyrikun, "Sebelum Hari Ini Tidak Pernah Ia (Muhammad) Menyebut Tuhan-Tuhan Kita Dengan Elok". Maka Bersujudlah Mereka Bersama-Sama Sujudnya Rasulullah s.a.w. Kemudian Jibril Datang Kepada Rasulullah Selepas Itu. Kata Jibril (Kepada Nabi s.a.w.), "Bacalah Di Hadapanku Apa Yang Telah Aku Sampaikan Kepada Mu". Setelah Nabi s.a.w. Selesai Membaca...[Ayat Tambahan Yang Ada Dalam Hadith Gharaniq Ini]...Jibril Menegur Nabi s.a.w Dengan Katanya, "Aku Tidak Bawakan Yang Ini. Yang Ini Dari Syaitan". Lalu Allah Menurunkan Ayat 52 Hingga 54 Surah al-Hajj. [NOTA - Ayat-Ayat al-Quran Yang Didakwa Dibisikkan Oleh Syaitan Kepada Nabi Muhammad Dikenali Sebagai "Ayat-Ayat Syaitan" (Satanic Verses) Oleh Orientalis] KOMENTAR 1. "ittirab" (Cerita Yang Tidak Tetap Dan Banyak Versi) Yang Terdapat Dalam Sesuatu Riwayat Adalah Antara Faktor Yang Paling Dominan Dalam Menimbulkan Keraguan Terhadap Riwayat Tersebut. 2. Bagaimana Mungkin Sesuatu Yang Bukan Dari al-Quran Disusupkan Masuk Ke Dalamnya (al-Quran) Dan Telah Berada Di Dalamnya Buat Sekian Lama Padahal Allah Telah Menjamin Untuk Memeliharanya Dari Segala Bentuk Kebatilan Dan Tokok Tambah. Perkara Ini Jelas Bercanggah Dengan al-Quran. 3. Kalau Keadaan Seperti Ini Telah Benar-Benar Berlaku Tentu Rasulullah Telah Mati Dihukum Allah Kerana Mengatakan Atas Nama Allah Secara Dusta Sebarang Kata-Kata Rekaan. Ini Adalah Sebagaimana Ancaman Allah Taala Di Dalam al-Quran, Bermaksud, "al-Quran Itu Diturunkan Dari Allah, Tuhan Sekelian Alam. Kalaulah Nabi Muhammad Yang Menyampaikan al-Quran Mengatakan Atas Nama Kami Secara Dusta Sebarang Kata-Kata Rekaan Sudah Tentu Kami Akan Menyentapnya Dengan Kekuasaan Kami. Kemudian Sudah Tentu Kami Akan Memutuskan Tali Jantungnya Supaya Dia Mati Dengan Serta Merta..."



SHARE TO YOUR FRIENDS


Download Server 1


DOWNLOAD MP4

Download Server 2


DOWNLOAD MP4

Alternative Download :