Toptube Video Search Engine



Title:SERAHENG KAKAN " Bermulanya pesta kaul Mukah 2024
Duration:37:43
Viewed:1,450
Published:20-04-2024
Source:Youtube

SERAHENG KAKAN 2024 UPACARA tradisi masyarakat Melanau di Mukah iaitu Kaul Serahang Kakan antara yang dinanti-nantikan oleh masyarakat tidak kira dari dalam ataupun luar Mukah. Bermula jam 6.00 pagi kelmarin, Bapa Kaul dan penduduk kampung bersedia di jeti sebelum menaiki bot menelusuri Sungai Tellian menuju ke Tapak Kaul Serahang Kakan, Kala Dana. Jarak dari Sungai Tellian ke Tapak Kaul Serahang Kakan sekitar dua kilometer. Muzik tradisional Melanau dimainkan sepanjang menelusuri sungai itu. Bapa Kaul 2023, Bonaventure Juana Lupuih berkata, kaul merupakan tradisi turun temurun yang perlu dilakukan setiap tahun kerana ia merupakan adat dan budaya masyarakat Melanau. “Upacara ini perlu dilakukan pada Februari atau Mac. Dalam kalendar Melanau dipanggil Bulan Pengejin. “Ia tidak boleh dilakukan lewat daripada Bulan Pengejin kerana bulan tersebut adalah bulan yang paling baik untuk berdoa perkara baik seperti sihat tubuh badan dan meminta perlindungan. “Ini termasuklah berdoa mendapat rezeki lebih terutamanya nelayan dan petani, serta dipermudahkan urusan mencari rezeki,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak. Baca lain  MUF2023 sasar capai pembangunan mampan dan berdaya tahan Bapa Kaul merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan Ipok. Disebabkan itu, Bapa Kaul memainkan peranan penting dalam upacara ini kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk merayu makhluk halus dan Ipok, menghalau segala kejahatan dan malapetaka yang mungkin menimpa. Dalam masa sama, dia juga bertanggungjawab untuk memastikan segala pantang larang kaul dipatuhi dan menghukum mereka yang ingkar. “Antara pantang larangnya adalah dilarang ke hutan dan menangkap ikan sehingga keesokan paginya setelah upacara kaul selesai dijalankan dan kebiasaannya selepas jam 12.00 tengah hari. “Pantang larang ini mestilah dipatuhi oleh semua penduduk kerana kita meminta restu daripada Ipok yang menjaga laut dan darat,” jelasnya. Bapa Kaul juga akan membawa serahang untuk menjamu Ipok. Serahang berisi makanan seperti sirih pinang, penyaram dan pulut kuning yang wajib ada dalam serahang. “Serahang mestilah mengandungi tujuh jenis makanan dan tujuh piring di dalamnya. Makanan berdarah tidak dibenarkan. “Selain itu, serahang ini juga dibuat oleh penduduk kampung dan kami mengadakan bengkel khusus untuk membuat serahang supaya lebih ramai tahu cara menghasilkannya. “Lebih ramai yang tahu membuat serahang terutamanya generasi muda, maka kaul akan datang kita tidak mengharapkan dua atau tiga orang sahaja yang membuatnya,” ujarnya. Mengulas mengenai perbezaan kaul tahun ini berbanding tahun lalu, beliau mengatakan bahawa sambutan kali ini lebih meriah. “Ini mungkin disebabkan tahun lalu, kita masih terikat dengan SOP, dan kali ini kita sudah boleh mengadakan acara secara besarbesaran,” katanya lagi. Tambahnya, beliau akan menabur beras kuning di darat dan laut bagi memohon perkara baik berlaku di kedua-dua tempat tersebut. Selepas upacara memberi makan ipok, akan diteruskan acara makan beramai-ramai. Penduduk kampung membawa jamuan masing-masing. “Ini syarat adat Melanau bagi melengkapkan upacara ritual tersebut. “Namun begitu, makanan yang tidak habis, tidak boleh dibawa balik dan mestilah ditinggalkan di situ sahaja,” tambahnya lagi. Bonaventure yang juga Penghulu Kampung Tellian berharap upacara kaul ini diteruskan sampai bila-bila kerana ia memperkenalkan kepada penduduk luar Mukah mengenai tradisi masyarakat Melanau.



SHARE TO YOUR FRIENDS


Download Server 1


DOWNLOAD MP4

Download Server 2


DOWNLOAD MP4

Alternative Download :