Toptube Video Search Engine



Title:RETROSPEKTIF : MERDEKA FOR MALAYA (KEMERDEKAAN MALAYA) (1958)
Duration:34:43
Viewed:89,678
Published:20-08-2021
Source:Youtube

#LensaNegaraku #RetrospektifSinema Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2021, FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Merdeka for Malaya' (1958) terbitan Malayan Film Unit (kini FINAS) yang mendokumentasikan rekod menyeluruh mengenai sambutan merdeka di Ibu Negara. Acara kemuncak filem ini adalah penyerahan Instrumen Perlembagaan oleh H.R.H Duke of Gloucester, Pemasyhuran Kemerdekaan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka, Pemasangan Pemerintah Paramount Pertama pada majlis gilang gemilang dan pembukaan Legislatif Persekutuan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong. Filem ini juga merakamkan pelbagai majlis rasmi dalam sambutan selama seminggu yang dihadiri oleh Perwakilan Asing dan orang- orang kenamaan. Tonton dokumentari ini yang memenangi anugerah di Festival Filem Asia ke 5 di Manila ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 19 Ogos 2021 (Khamis) dan 20 Ogos 2021 (Jumaat) di YouTube FINAS Malaysia. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di https://www.youtube.com/c/FinasMalaysiaMY #MalaysiaPrihatin #HKHM2021 #DemiNegara #MenangBersama #LindungDiriLindungSemua Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘MERDEKA FOR MALAYA (KEMERDEKAAN MALAYA) (1958)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment ● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan. ● Tayangan Filem ‘MERDEKA FOR MALAYA (KEMERDEKAAN MALAYA) (1958)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil** ● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**



SHARE TO YOUR FRIENDS


Download Server 1


DOWNLOAD MP4

Download Server 2


DOWNLOAD MP4

Alternative Download :